Saya bangun tengah malam untuk buat sesi "power pumping". Sambil itu saya muhasabah diri. Saya cuba untuk melihat kesenangan diri dari perspektif orang lain. Senangkah hidup saya?
Sering kali kita rasa kasihan apabila melihat kesusahan orang lain yang tiada kaitan darah dengan kita. Apabila membelek surat khabar terpampang wajah anak kecil yang menderita akibat didera, hati kita pun berbisik "Ya ampun, kesian nyaaa!" Tapi apabila saudara mara datang meminjam wang kita sering kali berasa berat hati untuk meminjam, mengapakah? Ya, ini soalan yang saya tuju untuk diri saya. Mengapa begitu berat hati ini untuk menolong orang yang saya kenal lebih dari anak kecil yang terpampang di surat khabar itu? Kalau kita google masalah rumahtangga selalunya berkaitan dengan keluarga atau saudara mara ingin pinjam duit, dilema ingin bagi pinjam ke tidak, soal jawab agama wajibkah membantu mereka yang asyik meminjam duit dan tak pulang-pulang dsb. Tiada (mungkin ada, tapi jarang sekali) soalan yang berkaitan haruskah saya menderma kepada anak kecil yang kena dera and what not. You get what I mean?Saya ingat lagi semasa saya hampir bersalin Khaleef, kerana khuatir kos pembedahan (Cesar operation) melebihi had insuran ketika itu iaitu RM6k, saya dan suami berusaha untuk meminjam duit untuk back-up in case kos melebihi had tersebut. Bapa saya ketika itu pula sedang berada di offshore. Tapi, tidak ada seorang pun yang ingin membantu. Bukan minta, tapi pinjam! Semasa bersalin Sophie, bapa saya baru sahaja menerima duit kwsp dia, jadi kami tidak risau sekiranya terlebih had (terlebih RM300 ketika itu), bapa saya yang tolong bayarkan sebab dia memang sayang akan saya yang ketika itu menganggur, hihi!. Perasaan sebelum bersalin Khaleef ketika itu sangat hiba, dengan dilema tak tahu ingin proceed dengan normal atau operate lagi, tekanan tak tahu bila baby nak keluar dan saya cukup kenal suami saya yang tidak akan menolak kalau orang lain yang ingin meminjam. Biarlah suami saya terpaksa berhutang dengan pihak bank dengan menebar kad kredit beliau kepada cashier ketika membeli barang keperluan rumah, biarlah suami saya menanggung late charge fee dengan menangguh pembayaran kereta, kerana itu lah sifat beliau yang saya ingin pelajari; to put others' need beyond own need.
Jadi semalam saya fikir dalam-dalam. Senangkah hidup saya? Ya, hidup saya cukup senang! Saya ada otak yang masih geliga dan badan yang semakin sihat! My limbs are all functioning well, and most importantly saya ada suami saya dan anak-anak saya. Tidak apa hidup dalam kesederhanaan jika "kelebihan" pendapatan dikongsi bersama saudara mara. Tidak apa jika tidak mampu membeli rumah sendiri (rumah di Miri sangat sangat sangat sangat mahal ok!) dan benamkan hasrat membawa Kia Forte jika "kelebihan" pendapatan boleh memberi kehidupan selesa kepada saudara mara. Bukahkan itu perasaan kasihan yang sama apabila melihat budak mempakai kopiah berjalan sini sana meminta derma di kedai mamak? Tidak perlu kita fikir kalau buat begini dia tidak akan belajar untuk berusaha kerana setiap perbuatan pasti akan dapat pahala/dosa/hikmah nya. Siapa kita untuk mengadili semua itu? Saya ingin ada rumah besar yang selesa, jadi saya harus bekerja keras untuk mencapai keinginan tersebut, saya ingin makan mewah, jadi saya harus belajar menguruskan wang, saya ingin berjalan-jalan melancong serata dunia, saya harus belajar menabung. Bukan duduk bertenggek, mengadu saudara mara pinjam duit tak pulang-pulang kerana kesenangan kita bukan milik kita sahaja. Rezeki kita ditentukan oleh Dia. Kalau ada orang datang meminta tolong, jangan fikir oh nanti hujung bulan aku tidak ada duit, tapi fikirkan lah apa yang orang itu hadapi esok kalau kita tidak menghulurkan bantuan.
Oh, semasa bersalin Khaleef, total fee terlebih RM155 sahaja, syukur kami ada duit sebanyak itu dan boleh claim dari kompeni tempat saya bekerja. Nahh, ini pun kesenangan, bukan?
No comments:
Post a Comment