Friday, August 22

Goodbye MH17.

22.08.14 - Malaysia berkabung.

Harta Dunia, Akhirat.
kalau mati itu diiringi sepanduk bagai, apa kita akan lari ke arahnya atau bersembunyi agar tidak didatangi?
kalau kita tahu cara kita mati, apa akan kita duduk dgn rokok di jari sambil mengenang nasib diri?
kalau mati itu pasti, kenapa kita masih di sini mengejar dunia tanpa henti?

dunia ini hanya sementara, buat kita kumpul pahala,
yg dikejar bukan duit, bukan harta,
tapi bekalan buat berjumpa,
dengan Dia, Sang Pencipta,
seluruh alam, seluruh semesta.

Allahu Rabbi, la sharika lah.





Monday, June 30

Our First Home.

Progress rumah.

Price: RM2**,888

Location: Desa Bahagia, Bandar Baru Permyjaya

Type: Single Storey Intermediate Terrace House

Reason buying: Too personal. Yang tak personal is saja beli. Heeee.
Straight sampai ke belakang.

Bahagian belakang rumah.


Nur Sophie Hanaa
Muhammad Khaleef Saifullah

Thursday, June 12

Keikhlasan.

Today is the 163th day I've put on hijab. Belum sempurna tapi cuba untuk sempurna. Masa awal-awal ada yang bertanya sejak bila berhijab, saya jawab "baru hari ke 23 (dgn nada yg sgt excited)." Dia jawab "Siap kira hari (dgn nada sinis)." Mula-mula terasa hati, tapi kalau terasa hati maksudnya manusia yg aku cuba pikat, bukan Allah, pencipta alam dan semesta. Kalau mudah sgt terasa hati maksudnya kita sombong dan tak ingat diri.

Benih baru nak bangkit, kena siram dan baja. Hati yang baru nak bangkit, kena disiram dengan apa? - Hlovate.

Ada juga yang tegur, belajar agama tak payah tinggi-tinggi, takut nanti bingung sendiri. Aku tersentap, mula-mula tak paham apa yg cuba disampaikan. Tapi aku cuba positif, barangkali dia risau aku sesat, takut aku taksub, takut nanti aku bawa anak-anak ke medan tempur.

Being a revert is not easy. Aku masih belajar, jadi yg terbaik yang saya mampu, yg wajib aku baiki agar sempurna, yg sunat aku cuba perbanyakkan dan istiqomah. Mati itu pasti. Tp kenapa kita masih terkejut apabila orang sekeliling kita pergi? Apa kita lupa mati itu bila-bila?

Masa awal-awal cuba hafal alif ba ta, selalu sgt nangis aku rasa ingin putus asa. Aku tak biasa tgk huruf-huruf hijaiyah, jadi aku tulis setiap huruf sampai penuh satu muka macam budak tadika, kalau kira umur aku rasanya baru pra-tadika kot! Tapi hakikatnya, umur ku sudah tua. Aku risau nanti aku sunyi duduk dalam liang lahad kerana tak pernah mengaji. Mulut tak erti berzikir kerana lidah kelu tak pernah dipraktikkan masa nyawa masih dikandung badan.

Kita hidup utk akhirat. Stp perkara kita buat ingat akhirat. Takutnya aku pada azab kubur pada api neraka. Takutnya aku kalau aku tidak sempat berubah, risau neraca berat ke dosa. Pahalanya langsung tiada nilai.

Untungnya mereka yg Islam dari lahir. Pahala mereka sudah semestinya banyak. Tidak perlu risau bila melambatkan solat. Tidak perlu risau sunyi dalam liang lahad, kerana masa kecik-kecik lagi sudah banyak mengaji.

Ikhlas tuh bukan kita yang ukur, tu biar Allah yang tentukan. Jangan sampai kita tinggalkan amal ibadat sebab tak nak riak dgn manusia, kerana tu la tanda kita riak dengan Allah. - Hlovate.

Wednesday, June 11

Kesederhanaan.

Kalau dulu-dulu, ada sebuah kereta saga di rumah sudah cukup berada. Kalau ada kereta 4-wheel itu kaya raya. Keluarga aku jenis makan gaji. Setiap bulan terima gaji kami ke Nguikee beli sehelai baju setiap seorang. Bapa aku ada kereta honda accord sebuah yang cat nya luntur jadi kami spray pakai spray biasa biar tidak tampak karatnya. Aku cukup minat melihat bapa aku mengerepair keretanya yg betul-betul banyak problem. Bapa aku jenis perfectionist. Syukur kerana adanya bapa aku kerja bertukang utk Kemahiran Hidup aku terjamin siap, terjamin kemas, terjamin berjaya!

Zaman sekarang semuanya lain. Ada dua kereta tapi makannya tidak cukup. Ada telefon pintar, tab, ipad tapi bulan-bulan masih minta belanja ahli keluarga. Katanya miskin, tapi tidak miskin; katanya kaya, tapi masih meminta-minta. Dulu ibu aku pesan belajar rajin-rajin supaya dapat kerja senang, aku jenis cukup takut dgn markah rendah (kiasu?) belajar sambil telan nescafe 3 in 1 agar mata kekal terbuka luas. Apabila stress hisap sebatang dua rokok buka mata besar-besar agar mata pedih terkena asap. Migrain, sakit kepala itu cukup biasa sampai terkena kencing berdarah kerana tangguh2 ke tandas kerana ingin fokus menghafal. Tiada yang senang dlm dunia ini. Even kalau dah jadi bos, orang bawah akan condemn cakap bos duduk ofis goyang kaki, email arah itu ini. Eh, apa ibumu tidak pesan benda yg sama? Mahu kerja senang, belajar rajin-rajin.

Aku ingin anak aku hidup dalam kesederhanaan. Tidak perlu permainan mewah, tidak perlu melancong bagai, tidak perlu baju branded kerana itu bukan impian aku. Aku cuma ingin hidup dalam kesederhanaan walaupun pada hakikatnya duit gaji kami suami isteri sudah cukup untuk bermewah. Tapi parasit kami liat, ditagih-tagih pusing-pusing kami juga yg kena. Alahai punyanya penat tengok cerita angkut bakul di laman sosial kononnya makan mewah mereka itu hasil titik peluh mereka semata-mata. Sampai kami terngidam ngidam. Nasib sudahku unfriend kalau tak buat perut lapar saja.

So, sekarang, boleh aku hantar resignation letter? Sigh. Aku cuma ingin bercucuk tanam sawi belakang rumah bersama anak-anak.


Monday, June 9

Kalimah Syahadah.

Browsing through old photos make me realize how far I've came, how much I've changed, how much I've grew to someone I never thought I would become.


Kalimah Syahadah.
I must say this was the point where I never thought I would face. Grew up in a Christian family, a frequent church-goer (although in uni I skipped church so frequently just because, you cannot give excuses for not attending church, blergh.), I've dreamed sailing with big ship to reach out to people out there sharing the good news, but here I am, reciting dua kalimah syahadah because I never thought it would flow to the mouth so naturally, I never thought I would felt so comfortable reciting them. When I first met Ustaz Abdul Latif, my best friend's father, who is so kind and treated me like his own daughter, the first thing he taught me was dua kalimah syahadah. He wrote them on a piece of paper and recites them again and again. They sounded so familiar, they sounded so easy, but when I tried to recite them my heart trembled and I cried. At that point, I wasn't sure if I should proceed with my decision to embrace Islam or should I just went on with the registration in order to marry the love of my life. Eventually I hardened my heart and went on with the registration forgetting that Allah itu maha mengetahui. Who am I cheating? Who am I hiding what's deep down in my heart?

So I went on with my life, I went to church once or twice, never perform my solat (alasan nya sebab tidak hafal al-fatihah). I'm not going to blame anyone in this, because it was my responsibility to seek for knowledge. JAIS called me once or twice, asking me if I would be available Saudara Baru classes, but I gave seribu satu alasan. Sobs. How could I be so ignorant?

After giving birth to my first child, I was more open in learning about Islam, I memorize al-fatihah and learn to perform solat. It wasn't perfect; I never tried to make it perfect after all. I perform prayers when I'm in deep trouble, I fast like other muslim but did not perform solat. Jika solatnya tak sempurna, apa ibadah lain akan sempurna? So all these years, my good deeds that I thought would save me from hell were actually tak sempurna.

When I had my second baby, my life was so much of chaos. I stressed out so easily, frequent migraine attack sometimes I thought I might lose my mind and go crazy. I was hot-tempered, small things can easily annoy the hell out of me. Until one day, I broke down and cried.

I remembered the day when my mom found out I was smoking. I was in Form 3, was about to sit for trial PMR in a day or two. I was looking for my pack of cigarette but failed. It was nowhere to be found! After some intense lecture by my mom, I went to the room and hid under the bed and sobbed. I cried with full of regret.

So that day, I did the same thing. Dengan badan yang besar, mengensot bawah katil and I sobbed and reflect. Where did I do wrong? What was I lacking? Why was everything so beyond my control? I'm trying to be the best mother, to be the best wife, to be the best daughter, but why everything was going against me? Jawapannya cukup mudah, jika solatnya tak sempurna, ibadah lain pun tak akan sempurna. After hiding under the bed, I hid in the closet sampai runtuh almari. Then I realized, I'm fat, I did not take care of myself. If I could not take care of myself, then how could I take care of my loved ones? So I walked out the closet, mandi segala mandi, and perform my very first solat yang niatnya lillahi ta'ala! Bukan untuk saja-saja cukup syarat jadi muslim, bukan untuk saja-saja kerana risau anak tak pernah tgk orang solat, bukan untuk stretching tulang belakang, tapi lillahi ta'ala!

The five pillars of Islam:
1) Shahadah
2) Salat
3) Zakat
4) Sawm (fasting in the month of Ramadan)
5) Hajj

Of all the five pillars, cuma solat sahaja ibadat badan yang tidak boleh diganti oleh orang lain. Nanti jika kamu sudah meninggal, tiada siapa yang boleh bayar hutang solatmu.

My life is still a chaos. Dengan anak-anak yang kadang-kadang menguji kesabaran tapi hati ini tenang, hati ini tahu jalan keluar, hidup dan matiku kerana Allah.


Jgn dilihat siapa yang berkata-kata. Ambil yang jernih, buang yang keruh. I'm not going to please anyone here, except Him.