Thursday, June 12

Keikhlasan.

Today is the 163th day I've put on hijab. Belum sempurna tapi cuba untuk sempurna. Masa awal-awal ada yang bertanya sejak bila berhijab, saya jawab "baru hari ke 23 (dgn nada yg sgt excited)." Dia jawab "Siap kira hari (dgn nada sinis)." Mula-mula terasa hati, tapi kalau terasa hati maksudnya manusia yg aku cuba pikat, bukan Allah, pencipta alam dan semesta. Kalau mudah sgt terasa hati maksudnya kita sombong dan tak ingat diri.

Benih baru nak bangkit, kena siram dan baja. Hati yang baru nak bangkit, kena disiram dengan apa? - Hlovate.

Ada juga yang tegur, belajar agama tak payah tinggi-tinggi, takut nanti bingung sendiri. Aku tersentap, mula-mula tak paham apa yg cuba disampaikan. Tapi aku cuba positif, barangkali dia risau aku sesat, takut aku taksub, takut nanti aku bawa anak-anak ke medan tempur.

Being a revert is not easy. Aku masih belajar, jadi yg terbaik yang saya mampu, yg wajib aku baiki agar sempurna, yg sunat aku cuba perbanyakkan dan istiqomah. Mati itu pasti. Tp kenapa kita masih terkejut apabila orang sekeliling kita pergi? Apa kita lupa mati itu bila-bila?

Masa awal-awal cuba hafal alif ba ta, selalu sgt nangis aku rasa ingin putus asa. Aku tak biasa tgk huruf-huruf hijaiyah, jadi aku tulis setiap huruf sampai penuh satu muka macam budak tadika, kalau kira umur aku rasanya baru pra-tadika kot! Tapi hakikatnya, umur ku sudah tua. Aku risau nanti aku sunyi duduk dalam liang lahad kerana tak pernah mengaji. Mulut tak erti berzikir kerana lidah kelu tak pernah dipraktikkan masa nyawa masih dikandung badan.

Kita hidup utk akhirat. Stp perkara kita buat ingat akhirat. Takutnya aku pada azab kubur pada api neraka. Takutnya aku kalau aku tidak sempat berubah, risau neraca berat ke dosa. Pahalanya langsung tiada nilai.

Untungnya mereka yg Islam dari lahir. Pahala mereka sudah semestinya banyak. Tidak perlu risau bila melambatkan solat. Tidak perlu risau sunyi dalam liang lahad, kerana masa kecik-kecik lagi sudah banyak mengaji.

Ikhlas tuh bukan kita yang ukur, tu biar Allah yang tentukan. Jangan sampai kita tinggalkan amal ibadat sebab tak nak riak dgn manusia, kerana tu la tanda kita riak dengan Allah. - Hlovate.

No comments: