Kalau dulu-dulu, ada sebuah kereta saga di rumah sudah cukup berada. Kalau ada kereta 4-wheel itu kaya raya. Keluarga aku jenis makan gaji. Setiap bulan terima gaji kami ke Nguikee beli sehelai baju setiap seorang. Bapa aku ada kereta honda accord sebuah yang cat nya luntur jadi kami spray pakai spray biasa biar tidak tampak karatnya. Aku cukup minat melihat bapa aku mengerepair keretanya yg betul-betul banyak problem. Bapa aku jenis perfectionist. Syukur kerana adanya bapa aku kerja bertukang utk Kemahiran Hidup aku terjamin siap, terjamin kemas, terjamin berjaya!
Zaman sekarang semuanya lain. Ada dua kereta tapi makannya tidak cukup. Ada telefon pintar, tab, ipad tapi bulan-bulan masih minta belanja ahli keluarga. Katanya miskin, tapi tidak miskin; katanya kaya, tapi masih meminta-minta. Dulu ibu aku pesan belajar rajin-rajin supaya dapat kerja senang, aku jenis cukup takut dgn markah rendah (kiasu?) belajar sambil telan nescafe 3 in 1 agar mata kekal terbuka luas. Apabila stress hisap sebatang dua rokok buka mata besar-besar agar mata pedih terkena asap. Migrain, sakit kepala itu cukup biasa sampai terkena kencing berdarah kerana tangguh2 ke tandas kerana ingin fokus menghafal. Tiada yang senang dlm dunia ini. Even kalau dah jadi bos, orang bawah akan condemn cakap bos duduk ofis goyang kaki, email arah itu ini. Eh, apa ibumu tidak pesan benda yg sama? Mahu kerja senang, belajar rajin-rajin.
Aku ingin anak aku hidup dalam kesederhanaan. Tidak perlu permainan mewah, tidak perlu melancong bagai, tidak perlu baju branded kerana itu bukan impian aku. Aku cuma ingin hidup dalam kesederhanaan walaupun pada hakikatnya duit gaji kami suami isteri sudah cukup untuk bermewah. Tapi parasit kami liat, ditagih-tagih pusing-pusing kami juga yg kena. Alahai punyanya penat tengok cerita angkut bakul di laman sosial kononnya makan mewah mereka itu hasil titik peluh mereka semata-mata. Sampai kami terngidam ngidam. Nasib sudahku unfriend kalau tak buat perut lapar saja.
So, sekarang, boleh aku hantar resignation letter? Sigh. Aku cuma ingin bercucuk tanam sawi belakang rumah bersama anak-anak.
No comments:
Post a Comment